Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

ayam penyet

Wednesday, March 23, 2011
Salam..
Semalam mimi temankan my friend miss chenta aka Ain pergi ke Plaza Alam Sentral.First time juga la pergi booth printing and tempahan kad kahwin kat 4th floor tu.opss jangan salah faham ye..pergi situ bukan nak tempah kad kahwin tapi cik ain nak tempah kad menu for her assignment ye.

Lepas siap tempah kad menu tu,we're heading to SS7 to grab our lunch.Memang dari awal dah siap plan hari ni nak pergi makan ayam penyet.So memang pekena ayam penyet la!Destinasi nya Restoran Ayam Bakar Wong Solo.Senang je nak cari restoren ni sebab dekat dengan bangunan Jakel and sebaris dengan restoren Upin & Ipin.Memang terbaik laa masakan kat sini!Mimi suggest korg try makan kat sini.

ni lah dia my lunch semalam

bukan semua cantik subjektif

Tuesday, March 15, 2011
Salam..
maybe ada yang dah tengok video ni..but still mimi nak share jugak kat sini.
My friend shared this link just now on facebook..nice video to watch and this guy is really funny!

bukan semua cantik subjektif

source:matluthfi90 @youtube

“The greatest treasures are those invisible to the eye but found 
by the heart.”

Other story,
through my friends twitter updates, nampak nya ada lagi gempar susulan kat Jepun around 10.30pm (waktu Jepun) or 9.30pm(waktu Msia) tadi.Kali ni pulak kat area Shizuoka-ken.Tapi gegaran dapat dirasakan kat tempat-tempat lain jugak.Seperti yang semua tahu Jumaat lepas 11/3 negara Jepun dilanda gempa bumi besar and tsunami.Since last Friday,according to my friends there aftershocks banyak jugak berlaku.Waktu malam bila kita sedang tidur nyenyak,orang-orang kat Jepun pulak asyik dikejutkan dengan gegeran-gegaran susulan ni.Kita yang kat sini memang rasa macam biasa aje,macam tak da apa-apa yang berlaku kan..Bersyukur kita kpd Allah atas keharmonian kita semua kat Msia ni..semoga musibah yang melanda Jepun pun akan berkurangan juga dlm masa terdekat ni..Amin..

ニッポン頑張れ!

AJL 25

Monday, January 10, 2011
音譜音譜Boleh pandang-pandang,Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang,Bertambah sayang

Biar malu-malu,Biar segan-segan
Kerna malu itu,Perisai orang beriman音譜音譜

Mentang-mentang Ana Rafali dah menang semalam kat AJL,hari ni start tulis blog sambil dengar lagu ni Kalau Berpacararan by Ana Rafali feat Suhaimi Meor Hasan & Altimet.Comel la lagu ni.Kalau tak familiar sila laa pegi dengar!!seswai untuk kamu-kamu yang sedang berpasangan.hehee

Mula-mula semalam semangat nak tengok AJL tapi tengok awal ngn akhir je.By that,I mean persembahan pembukaan Fracisca Peter n Nash then ending encore by Ana Rafali yang menang.Kesimpulannya,tak tengok langsung persembahan 13lagu yg bertanding semalam la.hehee
Results AJL as followed:

Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi. Lagu yang juga didendangkan oleh beliau sendiri itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.
Sementara itu, lagu Drama King nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain dan Black, karya Teja dan Tun Teja muncul naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000.
Tempat ketiga dimiliki lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam menerima hadiah bernilai RM12,000. Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan hadiah bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Hafiz dan Faizal Tahir menerusi lagu Noktah Cinta dan Hanyut. more
from bharian

Kat youtube dah ada kot so nanti boleh tengok-tengok(-^□^-)

Till here

toodlesチョキ

Min's convo

Saturday, October 16, 2010
Photobucket

Nak update pasal konvo si Cik Min ni dari hari Jumaat hari tu lagi tapi akhirnya tak update pun.Ni lah sebabnya kalau suka sangat tangguhkan kerja.Apa-apa pun tahniah untuk Min yang dah officially grad from UPSI!!Or should I call her Cikgu Min from now on.

Photobucket

Hari Jumaat lepas,15 Oktober 2010 saya berkesempatan untuk pergi ke Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI yang ke 12.Seingat saya la ni pertama kali pergi majlis konvo uni kat Malaysia.Sedih tak??Masa sekolah menengah dulu ada jugak tp Mini Konvokesyen la.Kat Jepun punya sotsugyo shiki(konvo) memang la sangat cepat dan pantas.Dorg nye konvo tak payah naik pentas.Tak macam kita di Malaysia,sorang2 naik atas pentas ambil diploma or ijazah dll dengan pakai jubah.Sebab tu lah jugak konvo kat Malaysia ambil masa berhari-hari.

Thanks to Min's parents yang sudi ajak & bawa pergi konvo Min sekali.Perjalanan dari Kuala Selangor ke Tanjung Malim ambik masa sejam la lebih kurang.Mula-mula ingat jauh tapi pernah hari tu sekali ikut Min hantar assignment dia,memang sejam boleh sampai.Thanks to highway!!

Majlis mula dengan perarakan masuk bakal graduan,pensyarah and VVIP.Rasa macam sayu je sepanjang majlis bila mengetahui salah seorang bakal graduan hari tu telah meninggal dunia dalam kemalangan dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas pada 10 Oktober 2010 yang lalu.

Paling sedih bila pihak UPSI nak bagi Anugerah Anumerta kepada keluarga Allahyarham ni.Ibu kepada arawah naik ke pentas ngn dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya.Bila Pro Canselor serahkan je Ijazah kepada ibunya,terus macam lemah kaki ibu tu dan hampir rebah di atas pentas.Masa itu suasana bertukar menjadi sayu sekejap.Bergenang gak airmata masa tengok skrin kat depan tu.Min siap cakap ramai yang menangis dalam dewan.Anugerah Anumerta diberikan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Walaupun ada beberapa drama yang berlaku sepanjang majlis ni,my bestfriend Min naik ke pentas ngn gaya cool je bila sampai turn dia.I'm so proud of you!!To Min selamat jadi cikgu vogue ye!!First gaji don't forget to treat us!!