AJL 25

Monday, January 10, 2011
音譜音譜Boleh pandang-pandang,Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang,Bertambah sayang

Biar malu-malu,Biar segan-segan
Kerna malu itu,Perisai orang beriman音譜音譜

Mentang-mentang Ana Rafali dah menang semalam kat AJL,hari ni start tulis blog sambil dengar lagu ni Kalau Berpacararan by Ana Rafali feat Suhaimi Meor Hasan & Altimet.Comel la lagu ni.Kalau tak familiar sila laa pegi dengar!!seswai untuk kamu-kamu yang sedang berpasangan.hehee

Mula-mula semalam semangat nak tengok AJL tapi tengok awal ngn akhir je.By that,I mean persembahan pembukaan Fracisca Peter n Nash then ending encore by Ana Rafali yang menang.Kesimpulannya,tak tengok langsung persembahan 13lagu yg bertanding semalam la.hehee
Results AJL as followed:

Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi. Lagu yang juga didendangkan oleh beliau sendiri itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.
Sementara itu, lagu Drama King nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain dan Black, karya Teja dan Tun Teja muncul naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000.
Tempat ketiga dimiliki lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam menerima hadiah bernilai RM12,000. Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan hadiah bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Hafiz dan Faizal Tahir menerusi lagu Noktah Cinta dan Hanyut. more
from bharian

Kat youtube dah ada kot so nanti boleh tengok-tengok(-^□^-)

Till here

toodlesチョキ

2 comments:

  1. mimi!!!
    slalu2 la update blog yang!!
    tertunggu2~
    rindu!!

  1. Mimie said...:

    hahahaa~malas laa yang~~